hijrah


“ Tuhan gantikan duka dengan senyuman.
Luka dengan ubat ”
Tentang ujian, nikmat, jodoh, ajal semua tu Allah dah rancang untuk kita.
Kalau harini, ada diantara kita yang “ asyik meratapi ujian ” sudah sudahlah tu ya ’) Ujian bukan untuk kita tangisi, kenapa nak sedih.
Sedangkan Allah uji bersebab.
Bayangkan hidup ni bahagia sepanjang masa, tahap mana level imaan kita ? 
Ingat ke kat Allah? 
Terdetik ke nak rindu Rasulullah S.A.W ? 
mungkin tak;
Dan dalam kita diuji tu, banyak lagi nikmat lain yang Allah beri. Nikmat bernyawa, nikmat sihat, nikmat makan minum, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat bercakap, nikmat mempunyai keluarga, nikmat mempunyai para sahabat yang soleh/solehah, dan banyak lagi nikmat nikmat yang lain.
Cuma kita je tak sedar dan tak bersyukur-
Jadi, refresh thoughts kita yang ujian ni merupakan nikmat. Tanpa ujian, mungkin kita terlupa untuk usaha dan mencari jalan pulang ke Syurga ’) Samada kita redha atau tak, apa yang Allah rancang pasti terbaik untuk kita 💖

No comments:

Post a Comment