Gadis itu Aku !


Siapa tahu, gadis itu yang sentiase tersenyum riang di khalayak ramai … namun, kadangkala dia menangis ketika bersendirian … kelihatan sentiase bersemangat … namun, hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu … kelihatan sangat kuat … namun, hakikatnya dia lemah dan hanya mampu memberi senyuman palsu untuk ceriakan dirinya …
Siapa tahu, gadis itu yang sentiase mempunyai masalahnya sendiri … namun, dalam mase yang sama dia masih boleh menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan diri gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar yang belum selesai …
Ya ! Gadis itu …
Gadis itu juga sentiase meyakinkan orang lain … namun, hakikatnya dia yang sedang mencari keyakinan dan kekuatan dalam diri sendiri … gadis itu sentiase mencuri mase untuk bergembira dan menggembirakan hati orang lain walaupun hatinya sering sakit … sentiase menjaga hati manusia lain walaupun orang sentiase salah anggap pade dia .. walaupun pade hakikatnya dia sering pendam rase seorang diri …
Ya ! Gadis itu masih lagi mampu mengukir senyuman walaupun hatinya penuh parut luka …
Sering kali si gadis itu mengadu masalahnya pada yang Esa, namun tekanan sekeliling membuatkan gadis itu menangis tanpe sedar …
Gadis itu memerlukan insan untuk mengadu, tapi aduan itu disalah ertikan … lalu gadis itu terus pendam di dalam dasar hatinya sendiri … pendam hingga terpadam supaye tiade dendam … itu adalah yang terbaik bagi gadis itu …
Terang itu tak bererti selamanya terang … terkadang sepi dan gelap juga tetap akan menghantui kita … sepi itu datang bukannya sendiri … hakikatnya, sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari tuhan … tuhan minta kite sentiase ingat padaNya, melebihi ingatan kite pada manusia …
Siapa je yang mahu mendengar masalah gadis itu ? Tiade siape pon ..
Hanya allah yang setia mendengar setiap rintihan gadis itu ..
Kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik pendengar … allah tempat si gadis itu berlindung dan bergantung harapan … bukan lagi manusia …
Tapi siapakah si gadis itu ? Aku lah si gadis itu yang di maksudkan … moge aku terus kuat dan tabah … serta iman ku kuat …

No comments:

Post a Comment