For the love of allah

Setiap antara kita akan ada sesuatu yang kita simpan dan sembunyikan … dan juga ada sesetengah perkara yang ingin kita kongsikan …
Siapa pun kita, segembira mana pun kita dan walau sekerap mana pun kita tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat kita terluka … pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hati kita dan pasti ada sesuatu yang pernah buat kita menangis … pasti akan ada … kerana manusia menyangka, sedangkan Dia memahami …
Dan juga kerana, kita ini manusia … cumanya disini aku ingin berpesan mungkin kita yang tak pernah tahu dan tak pernah nampak … janganlah selalu menganggap bahawa kitalah yang paling susah, paling sakit diuji dan paling berat diduga …
Mereka hanya menyangka, kita yang terlihat menangis hari ini, di hadapan mereka, kita ini adalah gadis yang lemah, yang tidak cukup kuat dan tabah serta yang tidak punya pengalaman dalam hidup … dan mereka berkata, bahawa gadis yang tak pernah terlihat menangis itu adalah gadis yang kuat dan tabah …
Pada hakikatnya, kita adalah gadis yang sama … dari air mata itulah kita belajar erti kuat … dari kelemahan itu juga kita bina ketabahan … bila tak semua air mata mampu tertahan, begitu jugaklah tak semua air mata akan tertumpah kan ?
Maka, pujuklah hati kita sendiri … yakinlah Dia ada dan akan selalu ada … bile kita menyandar harapan padaNya, Dia tidak akan sekali-kali mempersiakan harapan kite … bile kite percaya segala takdir dan ketentuanNya, dia tidak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kita …
well said , simpanlah rindu, cinta dan sayang itu dalam doa … luahkan lah segalanya pada Dia … cinta yang ikhlas itu biarlah cinta dalam doa … percayalah qada’ dan qadar … allah tidak akan mengecewakan hambanya malah allah lebih ketahui apa yang terbaik untuk hambanya …

No comments:

Post a Comment