be prepared

Jangan berani bertanya,
kalau kau belum bersedia untuk tahu jawapan.

Dunia sekarang, memang suka menghukum.

Kau damba kesempurnaan.
Ya, dalam dunia kebaikan, dalam agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad; tidak ada satu pun yang ada cela dan cacat; melainkan yang membawa agama ini ialah manusia; yang dicipta lemah dan tidak maksum. Setiap hari ada sahaja palitan dosa pada hati. Ya, manusia yang aku sebut ini ialah yang membaca huruf-huruf ini; kau dan aku.

Kau harapkan kesempurnaan.
Tidak salah untuk kau harapkan kesempurnaan pada semua benda yang kau lihat. Sedarlah, manusia ini tidak akan pernah sempurna sehingga kau menutup mata. Mungkin bagi kau, kau mampu bawakan yang lebih baik dari itu, tapi bukan dari dia atau aku. Aku bukan sempurna; dan kau juga tidak sempurna.

Stop Waiting for Perfection;
Perfection is the enemy of done.

Kalau kau pendakwah; sedarlah,

Kau juga manusia. Ramai pendakwah hari ini bertukar menjadi hakim. Sang pendakwah mengajak manusia untuk terus-menerus dalam melakukan kebaikan. Kau bukan hakim; yang mana kau jatuhkan hukum padanya lalu kau tinggalkan dia dihukum dalam sepi oleh masyarakat. Kalau kau pendakwah, tegurlah dengan baik dan bijak. Kalau kau pendakwah, benar kau mengajak ke arah kesempurnaan, tapi kau juga perlu sedar dan tahu bagaimana cara untuk menerima kekurangan.

Kau juga manusia. Apa kau suka jika kau lalui hidup dengan pandangan sinis masyarakat? Apa kau suka jika kau hidup dengan manusia lain yang berwajah kosong yang melirik senyuman palsu; sedangkan hatinya penuh dengan karat benci? Apakah kau mampu untuk terima bahawa sahabat yang kau sangka; sebenarnya sedang menanam benih kebencian dalam hatinya?

Do not respond to attacks with attacks,
respond with mercy and respect!

Jika ada yang salah, kita sama-sama baiki. Jika ada yang jatuh, kita sama-sama bangkit. Ini bukan perlumbaan mencari juara, ini perjalanan panjang merentasi samudera dakwah

No comments:

Post a Comment