kenangan

dulu, 
setiap kali saya cakap untunglah awak akan cakap takde ape yang untung pun
setiap kali saya badmood awak akan tanya kenapa
setiap kali saya marah2 awak akan cakap setan suke orang yang marah2 ni
setiap kali saya ganggu awak memalam awak akan cakap lain kali jangan tunggu tidor je dulu
setiap kali saya merajuk awak akan diamkan diri sampai lah saya cari awak sebab rindukan awak
setiap kali saya call awak ajak berborak awak akan dengar saya potpet2 sampai saya terlena
setiap kali saya cakap rindu, sayang awak akan cakap simpan semua tu dalam doa
setiap kali saya buat salah awak tak pernah marah awak akan diamkan diri dan awak akan tegur salah saya saat kemarahan awak telah reda

saya ingat lagi saat memula awak cube nak dekatkan diri dengan saya, macam-macam cara awak cube tapi satu pun tak berhasil ... sampai lah awak dapat contact nombor saya, name betul saya dan segala tentang saya ... macam-macam saya buat kat awak supaya awak putus ase sebab mase tu saya tak tahu macam mane nak sayang laki ... tapi lame-lame awak buatkan perasaan tu lahir dengan sendirinya tanpa dipinta ... awak banyak sabar dengan saya walaupun saya selalu buat jahat kat awak ... walaupun awak tau saya ni kasar, nakal , manja dan kalau apa saya nak mesti kena dapatkan ... awak selalu buat saya happy ... setiap kali awak call, awak akan iqamat kat saya ... awak selalu kejut saya subuh dan selalu ingatkan saya solat ...

saya selalu tanya , kenapa awak pilih saya dalam banyak-banyak perempuan yang ada dekat flat yang saya lepak tu ... sedangkan saya ni takde lah baik sangat, alim pun tak ... awak akan bagi saya jawapan yang sama "apa yang saya nampak dalam diri awak tak same dengan dalam diri perempuan yang ada dekat flat tu ... awak ada ciri-ciri keibuan walaupun awak nampak kasar, awak memahami saya, awak sabar dengan saya walaupun awak tahu saya menduakan awak dalam diam dan selalu sakiti awak, awak tak control saya, awak mampu jadi diri awak baik depan saya mahupun depan kawan, apa saya dengar tentang awak dari kawan dengan apa yang saya nampak tentang awak takde yang lain pun, awak pentingkan orang lain dulu sebelum diri sendiri, awak tak suke tunjuk baik awak malah awak suke tunjuk jahat awak tapi hanya orang yang betul kenal je paham awak macam mane" hmm tapi awak je yang nampak orang lain tak nampak ...

tapi tu semua dulu awak .. sekarang ni belum tentu lagi saya akan jumpe orang yang boleh terima baik buruk saya ... saya rindu sangat dekat awak, saya rindu nak dengar awak panggil saya amy kechiq ... dari awak lah dorang panggil saya dengan name tu sampai sekarang ... so setiap kali dorang panggil saya dengan name tu saya teringat kat awak ... saat kita tengah berseronok tetiba saya dikejutkan dari mimpi yang menyatakan awak dah pergi buat selamanya ... saya seolah macam tak percaya yang awak dah pergi tinggalkan saya .. saya rindu nak lepak dengan awak ... awak satu-satunya lelaki yang baik sangat yang pernah saya kenal dekat sini selama stay sini ... hampir setahun awak pergi tapi saya masih tak mampu nak lupakan awak ... moge awak ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman ... 

al-fatihah ...


No comments:

Post a Comment