9 sebab hati tidak bahagia

Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
  1. sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
  2. sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekali pun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
  3. amalannya hangus akibat hasad dengkinya kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
  4. orang bakhil sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya.
  5. andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal besar.
  6. ego adalah ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
  7. cinta dunia merupakan neraka dunia kerana dunia itu panas akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
  8. sentiasa berlakon-lakon di depan orang.jika ia dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita riak,takabbur dengan apa yang kita ada.
  9. orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut..walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak..orang yang tamak selalunya rugi.
kesimpulan :
jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMMAH.

makin tinggi sifat mazmummah seseorang,semakin dia tidak BAHAGIA.Samaada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.Jadi sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain,andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahuallam"

No comments:

Post a Comment