memaafkan dan melupakan kecurangan

perit sekali apabila diri dicurangi...perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga...hati pula,tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi....hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu,bisa memahami segalanya...sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam,dan membunuh diri serta melakukan perkara yang dilarang agama....

mengapakah insan,sanggup melakukan kecurangan?sedangkan insan mempunyai akal dan fikitan untuk membezakan apa yang baik dan tidak...tidakkah mereka takut akan pembalasan?sungguh menyedihkan kerana wujudnya insan sebegini....

insan,mengertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri...hikmah yang cukup indah mampu menyebuhkan luka di hati...sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari...yakinlah bahawa,allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri....

setelah dilukai ,pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu,apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut...namun,kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara mulia...dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan...sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan pula kita hambanya...untuk memberi hukuman jauh sekali...kita serahkan pada allah yang maha adil...

kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan,namun untuk melupakan mungkin mustahil...apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang,menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa...ingatlah,kita ada allah...allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap...allah tidak akan mengecewakan kita...

DONT TO BE SAD
REMEMBER THAT YOU DESERVE BETTER !!!

No comments:

Post a Comment