selamat datang Ramadhan ...

hye korang sume....

Kini hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam di seluruh dunia bakal menjelma.Banyak perkara yang baik nak dibuat waktu ramadhan, waktu inilah kita rasa lebih dekat dengan Allah s.w.t. Bukan bulan-bulan biasa tu kita tak rasa dekat dengan Allah, tapi bulan ramadhan banyak keistimewaannya. Waktu nilah amalan kita semua dibalas dengan berlipat kali ganda pahala. Tak sabar rasanya nak sambut ramadhan.

Ramadhan aku kali ni biasa-biasa je. Ni tahun kelima aku tak ramadhan bersama ayah aku... Perasaan tu separuh sedih separuh gembira. Sedih sebab tak dapat sambut atau buka puasa dengan ayah kali ny, tapi gembira sebab hari-hari aku jalani bersama keluarge. Harapan aku kali ni, semoga ramadhan aku akan lebih bermakna dan diselangi dengan aktiviti berfaedah serta segala kesalahan masa lalu dapat aku tebus, pintu taubat yang terbuka luas waktu bulan ramadhan ni insya-Allah takkan aku sia-siakan. Semoga ramadhan sahabat-sahabat semua akan lebih bermakna tahun ni. Amin.

No comments:

Post a Comment