erti di sebalik kesetiaan


ramai insan yang masih lagi tidak faham akan erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan... Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia,sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku di masa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih..
kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.  Alangkah sedihnya apabila tanggungjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya..?  tidakkah ia sama dengan penipuan..?  jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...
angatlah bahawa hidup kita seperti roda tidak semestinya kita sentiase berada di atas...jika kita permainkan hati insan lain suatu masa kita juga akan dipermainkan dan pada waktu itu penyesalan tiada gunanya...setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan...

No comments:

Post a Comment