Suami Yang Layak Di Taati Isteri

Ada orang bertanya, mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih oleh bakal isteri. Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu yang beragama selain tiga lagi jika perlu.

Kalau lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari suami. Kata mereka, kalau ada panduan sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.

Memang secara jelasnya Rasulullah tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita. Tetapi sebenar kalau wanita benar-benar hendak mencari bakal suami, mereka boleh ikut sepertimana Khadijah memilih suaminya, Rasulullah.

Pada peringkat awalnya Khadijah menghantar perisik untuk melihat peribadinya secara lebih dekat. Perisik yang adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul mengenai apa yang dirisikkan itu. Hasilnya dia berjaya berkahwin Muhammad dan ternyata pilihan itu terbaik.

Antara ciri-ciri yang dapat dikesan pada diri Muhammad pada waktu itu ialah:

1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.

Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat menghormati sampai bila-bila masa sekalipun pada usia tua. Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa baik sesama manusia apatah lagi dengan Allah SWT. Walau bagaimanapun, suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk rumah tangga yang damai bahagia. Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun kufu.

Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini? Bolehkah ditemui lelaki sebegini di tepi jalan, di kebun bunga, di pasar dan seumpamanya? Hanya wanita yang agamanya kurang akan bertemu jodoh di tempat-tempat berkenaan dan yang pastinya lelaki itu juga tidak menepati ciri-ciri di atas.

Inilah realiti yang berlaku pada hari ini, pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya pada awalnya sahaja tetapi bermasalah pada pertengahan jalan. Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau tidak mahu melakukan solat.

Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama dan beriman selain kecantikan, berharta dan berketurunan baik, wanita juga perlu pandai memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, pihak wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.

Apabila suami isteri sudah mengikut ciri-ciri di atas mereka perlu mengekalkan kedudukan itu sehingga ke akhir hayat. Selain itu suami isteri boleh mengekalkan kebahagiaan yang dicapai dengan berpandukan hadis berikut:

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah dia mesti bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk suaminya sewaktu di dalam rumah. Maksudnya, apabila suami pulang rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra. Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya. Masalah berat yang ditanggungnya dapat hilang apabila dilayan sedemikian rupa.

Selain itu isteri terus memberi ketaatan kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami. Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat. Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuatkan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih dahulu.

Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri dalam berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi ciri-ciri di atas atau tidak. Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya. Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya, itulah kejayaan yang besar buatnya. Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia tetap solat dan tetap menutup aurat dengan alasan perintah Allah. Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.

Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cara ini mereka akan berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya.

salahkah aku


what's the meaning WH ? hmm W is Waniey and H is Huzaimie ... sebelum ni H selalu buat aku happy ... buat aku rase comfort ... buat aku rase calm ... buat aku more be strong ... buat aku more be patience ... buat aku more be laugh ... tak pernah sekali dia biar kan air mate aku gugur ... dia jage aku cukup baik but now H that is missing ... dia dah jauh berubah ... dia bukan lagi yang dulu ... sekarang dia selalu buat rase menderita dengan penipuan dia ... dia selalu buat aku sedih ... dia selalu buat aku rase curiga ... dia selalu buat aku menangis setiap malam bile teringat kan dia ... dia buatkan aku rase keseorangan ... dia buatkan aku terluka ... aku rindukan dia yang dulu ... yang selalu buat aku rase bahagia ... dan sentiase ade di sisi aku ...

Berjuta kali aku katekan pade dia "DIA DAH BERUBAH" tapi dia nafikan ... dia cakap dia xpernah berubah ... dia kate aku yang berubah ... untuk ape aku tunggu dia lagi kalau dia kate aku yang berubah ? kenape aku tak teruskan langkah untuk memilih tinggalkan dia ? dia bute untuk nampak semua tu ... dia merasekan diri dia je yang betul ... apa yang dia inginkan dari aku sampai sanggup khianat aku ? apa kurangnye aku pade pandangan dia ? apa dia sudah jemu dengan karenah aku ?

salah kah dia jujur pade aku hal yang sebenar ? baik buruk dia pon aku masih lagi menunggu dia ... tak kan pernah ade orang bole gantikan tempat dia ... salah kah kalau dia terus setia dengan aku ? salah kah kalau dia jage aku macam mane dia pernah jage aku dulu ? salah apakah aku sampai kan dia sanggup khianati aku ? tak sedarkah dia aku yang selalu ade untuk dia jatuh bangun dia ? tak nampak kah dia yang aku ikhlas menyayangi dia dan mencintai dia dengan tulus ?  pulang kan dia yang dulu pada aku ... sesungguhnye aku benar-benar rindukan dia yang dulu ... cukup laa sikse aku dengan derita merindu ...

be prepared

Jangan berani bertanya,
kalau kau belum bersedia untuk tahu jawapan.

Dunia sekarang, memang suka menghukum.

Kau damba kesempurnaan.
Ya, dalam dunia kebaikan, dalam agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad; tidak ada satu pun yang ada cela dan cacat; melainkan yang membawa agama ini ialah manusia; yang dicipta lemah dan tidak maksum. Setiap hari ada sahaja palitan dosa pada hati. Ya, manusia yang aku sebut ini ialah yang membaca huruf-huruf ini; kau dan aku.

Kau harapkan kesempurnaan.
Tidak salah untuk kau harapkan kesempurnaan pada semua benda yang kau lihat. Sedarlah, manusia ini tidak akan pernah sempurna sehingga kau menutup mata. Mungkin bagi kau, kau mampu bawakan yang lebih baik dari itu, tapi bukan dari dia atau aku. Aku bukan sempurna; dan kau juga tidak sempurna.

Stop Waiting for Perfection;
Perfection is the enemy of done.

Kalau kau pendakwah; sedarlah,

Kau juga manusia. Ramai pendakwah hari ini bertukar menjadi hakim. Sang pendakwah mengajak manusia untuk terus-menerus dalam melakukan kebaikan. Kau bukan hakim; yang mana kau jatuhkan hukum padanya lalu kau tinggalkan dia dihukum dalam sepi oleh masyarakat. Kalau kau pendakwah, tegurlah dengan baik dan bijak. Kalau kau pendakwah, benar kau mengajak ke arah kesempurnaan, tapi kau juga perlu sedar dan tahu bagaimana cara untuk menerima kekurangan.

Kau juga manusia. Apa kau suka jika kau lalui hidup dengan pandangan sinis masyarakat? Apa kau suka jika kau hidup dengan manusia lain yang berwajah kosong yang melirik senyuman palsu; sedangkan hatinya penuh dengan karat benci? Apakah kau mampu untuk terima bahawa sahabat yang kau sangka; sebenarnya sedang menanam benih kebencian dalam hatinya?

Do not respond to attacks with attacks,
respond with mercy and respect!

Jika ada yang salah, kita sama-sama baiki. Jika ada yang jatuh, kita sama-sama bangkit. Ini bukan perlumbaan mencari juara, ini perjalanan panjang merentasi samudera dakwah

find your happiness

Sudahlah mencari dia, carilah Dia pula.

Bahagia itu selalu ada dan banyak caranya. Kita hanya perlu bersyukur dan menyedari bahawa kita selalu memilikinya, meskipun hanya dalam cara paling sederhana. Begitulah monolog hati berbisik. Tapi aku terfikir, adakah itu suatu penyangkalan, bahawa hakikat bahagia hanya sementara?

Kamu tahu?

Bahagia ini seperti dipaksakan, aku tak lagi punya pilihan dan menganggap kamu kisah lama yang aku mesti lupa. Tak tahulah ini memang bahagia yang sesungguhnya atau imaginasi aku terlalu terlatih untuk mengada-ada? Entah.

Pernah, aku pandang sebuah pohon dengan tatapan penuh kagum. Sebab, bagaimana pohon itu boleh tetap berdiri tegak, sementara melihat dedaunan yang selama ini dipertahankannya, jatuh gugur satu per satu dan kemudian meninggalkan? Atau, ini hanya salah satu cara Dia untuk mengajar aku agar menjadi lebih kuat?

Kuat itu aku, yang telah lama jauh terjatuh pada kamu, tahu sakitnya luka, namun terus mengulanginya saja. Haih. Lemah itu kamu, datang sebab terluka, lalu pergi sebab bosan dijaga. Hish. Mungkin, jika ada kekacauan berlaku di bumi dan semua hal jadi terbalik, aku baru faham cara kamu yang mudah pergi. Atau kamu kelak faham cara aku yang keras kepala selalu menanti.

Lalu, aku harus ke mana?
Sebenarnya, aku harus bagaimana?

Menerima kamu yang muncul tiba-tiba dan merelakan begitu saja padahal tak rela? Kamu ingin siapa? Seseorang dengan perasaan sekeras batu dan sikap sediam patung?

Mungkin, sejak awal kita tak seharusnya bertemu. Agar tak ada rasa yang bertamu. Mungkinlah.

Ingatlah, jika aku hanya menyakiti kamu, berhentilah mencari aku. Sebab nanti, aku yang lebih dahulu menemukan kamu. Jika tak kamu temukan aku, tetaplah jangan mencari. Sebab mungkin yang ingin kamu temukan bukanlah aku, melainkan diri kamu yang lain, yang sejak lama ada padaku.

Maka, teruslah jangan mencari aku, hanya sebab kamu tak mahu merasa sendiri. Aku harap saat itu aku telah cukup menjadi ego dengan menutup rasa dari apapun yang aku tahu boleh membuat kamu menangis

peta hati

Tidak pernah terfikirkan sebelum ini, saat-saat seperti ini akhirnya datang juga. Ketika diri sendiri merasa terlalu sepi untuk lari dari sunyi, namun terlalu enggan mencari yang mampu mendampingi. Seakan perasaan di dalam dada terlampau berharga untuk diberikan begitu saja. Seakan kosong di dalam hati terlalu kecil untuk aku tutupi sendiri ... padahal tidak. Semua bagai berpura-pura, namun bukan begitu sebenarnya. Aku hanya takut terluka, sebab segala perasaan yang aku kenal, belum ada yang berakhir bahagia.

Aduh.

Sesukar itukah perasaan yang menghampiri hati? Atau aku yang tidak berhati-hati menaruh hati?

Jika menyayangi bererti memberi hati sepenuhnya, aku tidak ingin mempertaruhkannya pada yang mahir meretakkan; kerana tidak pernah ada yang tahu telah sejauh apa aku mengutip serpihan hati satu per satu, mengumpulkannya, lalu menyatukannya lagi hingga sempurna, hingga tidak ada luka. Dan setelah hati sembuh, lalu semudah itu seseorang yang baru menghancurkan hati ini semula?

Aku tahu, tak baik terus begini.

Jika boleh memilih, aku ingin menggunting peta takdir. Agar tidak perlu melalui banyak hati, dan langsung sampai di pelabuhan terakhir. Tapi inilah perjalanan. Kaki bertugas melintasi dan hati mempelajari apapun ibrah yang diberi.

Inilah juga tentang menjalani, bertahan dan mendewasa dalam setiap pilihan.

Allah hanya memberi sesuatu jika kita telah betul-betul bersedia memilikinya. Mungkin saja ada yang memang belum betul-betul bersedia ... mungkin saja aku, mungkin saja kamu, mungkin saja entah. Meyakini hal-hal yang belum pasti memang tidak mudah, tapi lebih baik daripada menjatuhkan diri pada kesedihan yang salah.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah, di lain hari, kita akan lebih bahagia daripada ini.

doa yang tertangguh

Dalam hidup ini, banyak perkara kita minta pada Allah.
Seringkali pula kita selalu memandang perkara yang Allah tak makbulkan lagi.

Dan doa yang tak dimakbulkan tu pula acapkali kita rasa ia doa yang ‘besar’ dan penting sampai akhirnya kita rasa Allah tak beri apa kita minta.
Sebab kita nak sangat benda itu tapi masih tak dimakbulkan oleh Allah.

Sampai akhirnya kita lupa pada doa-doa yang kita anggap ‘kecil’.
Dan doa-doa yang kita pernah minta dulu tapi kita dah lupa tentangnya.

Walhal walaupun doa itu dah lama dan dilupakan,
Allah tetap makbulkan ia dalam keadaan yang kita terkadang tak sedar.

Juga perkara yang kita tak minta tapi Allah beri juga.
Dan perkara tersebut lebih dari apa yang kita hajatkan.

Berdoalah. Tanpa henti.
Itu tandanya kau tu hamba.
Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan? (Ar-Rahman)

P/s: Aku pernah doa satu perkara, 15 tahun selepas itu Allah tunaikan.

P/ss: Aku ada doa satu perkara selama 5 tahun dan masih terus berdoa tentang itu.

Kita merancang kan. Tuhan pun merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.

Kadang kita nak tapi tuhan kata kita tak perlu benda tu. Kadang kita nak tapi tuhan tangguhkan dulu dan kadang kita nak tapi tuhan ganti dengan benda yang lebih bagus.

usrah : seperti mereka





mampukah aku jadi seperti mereka ? layakkah aku ? allahuakhbar ...

hijrah


“ Tuhan gantikan duka dengan senyuman.
Luka dengan ubat ”
Tentang ujian, nikmat, jodoh, ajal semua tu Allah dah rancang untuk kita.
Kalau harini, ada diantara kita yang “ asyik meratapi ujian ” sudah sudahlah tu ya ’) Ujian bukan untuk kita tangisi, kenapa nak sedih.
Sedangkan Allah uji bersebab.
Bayangkan hidup ni bahagia sepanjang masa, tahap mana level imaan kita ? 
Ingat ke kat Allah? 
Terdetik ke nak rindu Rasulullah S.A.W ? 
mungkin tak;
Dan dalam kita diuji tu, banyak lagi nikmat lain yang Allah beri. Nikmat bernyawa, nikmat sihat, nikmat makan minum, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat bercakap, nikmat mempunyai keluarga, nikmat mempunyai para sahabat yang soleh/solehah, dan banyak lagi nikmat nikmat yang lain.
Cuma kita je tak sedar dan tak bersyukur-
Jadi, refresh thoughts kita yang ujian ni merupakan nikmat. Tanpa ujian, mungkin kita terlupa untuk usaha dan mencari jalan pulang ke Syurga ’) Samada kita redha atau tak, apa yang Allah rancang pasti terbaik untuk kita 💖

doa


Yang paling hebat cintanya.
Adalah yang paling banyak mendoakan.
Dalam bisik-bisik kecilnya pada Tuhan.
Nama kau tak tertinggal.
Terima kasih,
Untuk tiap doa yang melantun terus ke riba Tuhan.
Yang terkabul,
Mungkin dari doa yang tak ketahuan.


Dalam banyaknya benih-benih doa yang aku semai,
Harapnya ada yang bercambah dan menumbuh mekar.
Di bila-bila masanya yang sesuai.
Menunjang seri,
Menembus langit tinggi.
Mungkin ada yang aku kurang bersungguh 
Meminta tapi tinggi mahunya.
Tak bersungguh menzikirkan kata

jika


Jika benar masih cinta,
Pastinya ada setia.
Jika benar masih sayang,
Pastinya tak dilupakan.
Jika benar kerana Tuhan,
Pastinya tidak punya alasan